Kedai ‘Pop-Up’ Nintendo Tiba Di Singapura November Ini

Avex Asia telah mengumumkan yang mereka akan membuka Kedai ‘Pop-Up’ Nintendo buat pertama kali di Asia Tenggara. “Nintendo Pop-Up Store in Singapore” ini akan dibuka bermula pada 17 November sehingga 1 Januari 2024 di Jewel, Changie Airport (Level 04-220/221).

Pelbagai barangan rasmi berdasarkan permainan-permainan Nintendo seperti Super Mario, Animal Crossing, The Legend of Zelda, Splatoon dan Pikmin akan ditawarkan. Barangan-barangan ini buat masa ini hanya ditawarkan di Nintendo Tokyo, Nintendo Osaka dan Nintendo Kyoto.

Bagi pengunjung yang melakukan pembelian melebihi S$80 (~RM277) di dalam satu resit akan mendapat poskad yang eksklusif ditawarkan di kedai ini. Pengunjung juga boleh check-in menggunakan akaun Nintendo mereka untuk mendapat pelekat istimewa.

Bersama dengan pembukaan kedai ini, mereka juga akan menganjurkan acara “Pipe Around The World”, maklumat lanjut mengenai acara ini akan diumumkan kemudian.

Anda boleh layari laman rasmi Nintendo Singapura untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini