Diablo IV Tiba Di Steam Dengan Harga Pengenalan RM240

Blizzard bermula hari ini telah menawarkan Diablo IV melalui platform Steam selepas dikeluarkan melalui Battle.net sahaja sebelum ini. Sebagai promosi penawaran baharu ini, mereka menawarkan Diablo IV dengan harga pengenalan iaitu RM240 berbanding harga biasa RM320, tawaran ini adalah sehingga 25 Oktober 2023.

Bersama dengan pelancaran di Steam ini, musim kedua juga bermula di dalam permainan tersebut iaitu Season of Blood yang antaranya memperkenalkan watak Erys yang disuarakan oleh Gemma Chan.

Diablo IV semasa dilancarkan pada bulan Jun lepas telah menerima reaksi yang positif, termasuk juga daripada kami sendiri – Ulasan Diablo IV (Kempen). Namun, kemaskini yang disertakan selepas pelancaran telah dikritik oleh pemain atas pelbagai sebab, terutamanya sistem loot yang dikatakan kurang menarik.

Selain PC, Diablo IV juga dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series

Sohor Kini