Minecraft telah mengumumkan jumlah baharu untuk permainan tersebut iaitu 300 juta unit yang terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai permainan terlaris sepanjang zaman mengatasi Grand Theft Auto V di tempat kedua yang kekurangan 115 juta unit berbanding-nya.

Kami sebelum ini melaporkan jumlah terjual pada tahun 2020 di mana ia telah terjual 200 juta unit selepas 11 tahun dikeluarkan. Ini dengan kata lain, sepanjang tiga tahun yang lepas, Minecraft telah terjual sebanyak 100 juta unit. Ia adalah satu jumlah yang besar, jauh meninggalkan permainan-permainan terbaru yang dikeluarkan sekarang.

Minecraft mula dikeluarkan pada tahun 2009 melalui versi awal sebelum dikeluarkan secara penuh pada tahun 2011. Permainan ini dibangunkan oleh Markus Persson ataupun Notch bersama dengan Jens Bergensten atau Jeb_ sebagai Mojang Studios.

Microsoft telah mengambil alih Mojang dengan nilai $2.5 bilion (RM10 bilion) pada tahun 2014.

Sohor Kini