Kingsman adalah komik oleh Mark Millar mengenai organisasi perisikan yang menyelamatkan dunia daripada pelbagai ancaman. Selepas Kingsman: The Secret Service, Kingsman: The Golden Circle dan filem prekuel The King’s Man, ramai menyangkakan francais ini telah tamat.
Baca – Ulasan The King’s Man – Cubaan Cerita Asli Yang Perlukan Lebih Perhatian
Dalam laporan EW, Matthew Vaughn menjawab yang francais ini masih belum tamat dan akan ada filem Kingsman ketiga. Malah filem ketiga Kingsman kini dalam pembangunan. Tetapi buat masa ini masih tiada sebarang informasi yang boleh dikongsi.
Sementara menantikan Kingsman 3, Vaughn bakal hadir dengan filem perisikan komedi Argylle yang akan ditayangkan di Malaysia serta menjadi filem eksklusif di Apple TV+.
Sumber – EW