Selepas mendapat kelulusan oleh Badan Persaingan Dan Pasaran UK (CMA) awal hari ini, Microsoft akhirnya mengumumkan secara rasmi yang pengambil-alihan Activision Blizzard King (ABK) bernilai $68.7 bilion (~RM324 bilion) telah diselesaikan.

ABK yang mempunyai jumlah pekerja 17 ribu orang akan menyertai Xbox Game Studios yang mempunyai pekerja lebih kurang 5 ribu orang termasuk juga melalui pengambil-alihan sebelum ini iaitu Bethesda.

Buat masa ini masih tidak diumumkan lagi perancangan mengenai bagaimana permainan ABK akan disertakan di dalam penawaran Xbox seperti Xbox Game Pass, ataupun mana-mana permainan yang akan dikeluarkan secara eksklusif.

Sohor Kini