Skip to main content

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia selain mengumumkan RM160 juta disediakan untuk penggiat seni.

Kerajaan juga bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan iaitu daripada 25% kepada kadar baharu seperti berikut;

  • Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan;
  • Pengurangan kepada 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator;
  • Pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyeru kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan agar dapat menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan ke Malaysia.

Leave a Reply