Tokyo Game Show 2023 Menerima 243 Ribu Pengunjung

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah mengumumkan yang acara fizikal Tokyo Game Show (TGS) 2023 yang berlangsung di Makuhari Messe selama 4 hari telah menerima 243,238 pengunjung.

Ini merupakan pertama kali penganjuran fizikal TGS dilakukan secara besar-besaran selepas pandemik Covid-19. Mereka juga mengatakan yang terdapat 787 syarikat, penerbit dan juga pembangun permainan video yang terlibat dengan penganjuran ini.

Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding pengunjung pada tahun 2019 iaitu 262,076 dan lebih tinggi berbanding tahun lepas yang dianjurkan dengan lebih kecil iaitu 138,192 pengunjung.

Selain itu, penstriman dan juga video yang berkait dengan TGS 2023 juga telah ditonton oleh 22 juta penonton ini termasuk juga di YouTube, X, Twitch, Facebook dan IGN.

Manakala pengunjung yang melawat laman realiti maya iaitu TGSVR 2023 menerima 319,967 pengunjung iaitu 33.% secara VR, 41.2% di PC dan 25% di peranti pintar.

Tokyo Game Show 2024 juga telah disahkan akan kembali tahun depan dan berlangsung pada 26 September sehingga 29 September 2024 di lokasi yang sama.

Sohor Kini