Valve telah mengumumkan yang Counter-Strike 2 kini hanya menyokong Windows 64-bit dan Linux, dengan kata lain sokongan untuk komputer yang menggunakan DirectX 9 dan sistem operasi 32-bit bersama dengan macOS tidak lagi boleh bermain permainan tersebut.

Menurut Valve, pemain yang menggunakan perkakasan tersebut adalah kurang daripada 1% daripada jumlah keseluruhan pemain Counter-Striker. Mereka masih lagi boleh mengakses CS:GO akan tetapi versi yang tidak menyertakan ‘online matchmaking‘.

Pemain-pemain yang menggunakan komputer lama ataupun macOS boleh mendapatkan bayaran semula jika mereka membeli ‘Prime Status’ dengan syarat seperti berikut;

  • DirectX 9 atau 32-bit – jika pembelian dilakukan di antara 22 Mac sehingga 27 September 2023.
  • macOS – jika masa mereka bermain CS:GO bermula pada 22 Mac sehingga 27 kebanyakannya menggunakan macOS.

Pembelian melalui CD keys, hadiah dan juga akaun yang diharamkan tidak layak untuk mendapat bayaran semula. Permohonan untuk bayaran semula ini boleh dilakukan sehingga 1 Disember 2023.

Counter-Striker 2 sudah dikeluarkan untuk PC melalui Steam sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini