EA telah mengumumkan yang EA Sports FC Tactical iaitu permainan mudah alih terbaru berdasarkan permainan bola sepak mereka akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Permainan ini pertama kali diumumkan pada bulan Mei tahun lepas.
Kami boleh katakan ia adalah seperti permainan-permainan klasik Captain Tsubasa pada suatu ketika dahulu. Berdasarkan tangkapan skrin diperlihatkan jumlah “kuasa” untuk sesuatu pergerakan dan jumlah “pertahanan”. Dengan kata lain jika kuasa melebihi pertahanan, gerakan tersebut akan berjaya.
Pemain juga tampaknya boleh memilih untuk melakukan skill move. Buat masa ini bentuk permainan secara lebih mendalam tidak diperlihatkan lagi, dan kami menjangkakan ia adalah sesi permainan PvP dan mengikut turutan.
EA mengumumkan terdapat 5000 pemain bola sepak boleh digunakan di dalam permainan ini yang sepenuhnya berlesen.
Jika berminat, permainan ini juga boleh di pra-daftar melalui App Store untuk peranti iOS dan Play Store bagi peranti Android.