Toei Animation telah mengumumkan siri animasi baharu berdasarkan Dragon Ball iaitu Dragon Ball DAIMA, dan menurut mereka Akira Toriyama yang akan terlibat dengan menyeluruh untuk siri ini berbanding sekadar memberi nasihat untuk beberapa projek yang lepas.

Mereka juga telah berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.

Siri ini akan memperlihatkan watak-watak utama Dragon Ball iaitu Goku, Vegeta dam Bulma telah bertukar menjadi kanak-kanak, sepertimana Goku di dalam Dragon Ball GT.

Walaupun bertukar menjadi kanak-kanak, akan tetapi berdasarkan treler sejarah mengenai apa yang dilakukan oleh Goku di dalam penceritaan yang lepas masih diketahui, menandakan yang ia bukan imbas masa tetapi susulan kepada penceritaan sebelum ini.

Buat masa ini ia hanya diumumkan akan tiba akhir tahun 2024.

Sohor Kini