Killers of the Flower Moon adalah filem baharu Martin Scorsese untuk Apple TV+. Filem ini akan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu sebelum menjadi eksklusif untuk platform penstriman video milik Apple.
Filem ini turut menyertakan sejumlah pelakon hebat seperti Leonardo DiCaprio, Robert De Niro, Jesse Plemons dan Lily Gladstone. Filem ini akan ke pawagam IMAX Malaysia bermula 19 Oktober ini.
Terbaru, 9to5Mac melaporkan yang Apple telah mengeluarkan bajet sekitar $200 juta ke $250 juta iaitu sekitar lebih RM1.18 bilion untuk pembangunan filem ini dan juga promosi. RM117,937,500 hanya untuk gaji DiCaprio.
Filem ini adalah kerjasama Apple dan Paramount. Ia akan mengambil masa 45 hari selepas tayangan di pawagam untuk tiba ke Apple TV+. Ini bermakna sekitar Disember nanti filem ini sudah boleh ditonton oleh semua yang melanggan Apple TV+ atau Apple One.