Moonton Games dan ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini telah mengumumkan perjanjian kerjasama baharu selama dua tahun bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang dan juga jenama ROG.

Kerjasama ini bermula dengan ROG akan menjadi penaja rasmi untuk kejohanan terbesar permainan tersebut iaitu M5 World Championship 2023 yang akan berlangsung di Filipina pada bulan Disember ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan ROG Phone 6 Edisi MLBB M5 akan ditawarkan untuk pengguna di Malaysia bermula hari ini, setiap pembelian akan menyertakan Kotak Hadiah yang mengandungi – Yu Zhong Devilcase, Pemegang MLBB, kain pencuci MLBB dan AeroActive Cooler 6.

Manakala peranti iatu sendiri iaitu ROG Phone 6 yang akan menyertakan tema khas berdasarkan hero MLBB iaitu Yu Zhong. Ia juga disertakan bersama dengan kotak khusus yang mempunyai jenama M5.

ROG Phone 6 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1, menggunakan paparan 6.78″ Amoled yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz, kapasiti bateri 6000mAh, 12GB RAM dan juga 256GB Storan.

ROG Phone 6 Edisi MLBB M5 untuk pasaran Malaysia ditawarkan dengan harga RM2,299.

Sohor Kini