PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2023 akan bermula secara rasmi pada 2 November ini melalui peringkat kumpulan, dan akan berlanjutan sehingga 10 Disember untuk Peringkat Akhir. Dua pasukan akan mewakili Malaysia di kejohanan ini iaitu Yoodo Alliance dan SEM9.
Senarai pasukan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan juga sudah diumumkan seperti berikut;
Kumpulan Merah
Kumpulan Hijau
Kumpulan Kuning
Tiga pasukan terbaik daripada setiap kumpulan melayakkan diri ke Peringkat Akhir, manakala 5 pasukan tercorot akan tersingkir. Selebihnya akan melalui peringkat Survival untuk merebut 16 slot ke peringkat Last Chance dengan 5 pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat Akhir.
14 pasukan terbaik ini akan menyertai dua pasukan yang sudah menanti di Peringkat Akhir iaitu S2G Esports sebagai wakil tuan rumah, mereka juga merupakan juara untuk kejohanan ini tahun lepas dan juga Titan Esports Club berdasarkan markah untuk PEL.
Peringkat Akhir akan berlangsung di Istanbul, Turkiye pada 8 sehingga 10 Disember 2023.