Anda mungkin tahu mengenai drama Warner Bros. dan Zack Snyder berkaitan dengan pembangunan filem Justice League. Tetapi tahukah anda yang pembangunan filem Aquaman turut mengalami banyak masalah, lagi-lagi apabila melibatkan pelakon Amber Heard.

Terbaru, dalam artikel Variety mengenai rahsia di sebalik Aquaman dan Jason Momoa – laman web ini telah menyatakan informasi baharu yang tidak mengejutkan untuk saya tetapi mungkin untuk semua peminat filem DC lagi-lagi Snyderverse.

Pelakon-pelakon Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League seperti Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot dan Ezra Miller disahkan dilaporkan tidak akan kembali berlakon untuk DC Universe oleh James Gunn dan Peter Safran di bawah DC Studios. Hanya Jason Momoa akan kembali tetapi bukan sebagai Aquaman, sebaliknya dalam perbincangan untuk menjadi Lobo sama ada dalam Superman: Legacy atau filem tersendiri.

Untuk Gal Gadot yang menjadi Wonder Woman, ia sedikit aneh kerana filem ketiga oleh Patty Jenkins telah dibatalkan tetapi memberitahu wartawan yang James Gunn dan Peter Safran ada perancangan lain untuk meneruskan watak ini di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, watak Amanda Waller yang muncul dalam Snyderverse akan kekal dilakonkan oleh Viola Davis untuk DCU seperti yang diperlihatkan dalam Peacemaker. Beberapa pelakon lain yang memainkan watak DC dalam DCEU sebelum ini turut akan kembali seperti Zachary Levi sebagai SHAZAM dan Xolo Maridueña sebagai Blue Beetle, tetapi tidak akan berkait dengan filem lepas mereka kerana akan mempunyai kisah baharu.

Sohor Kini