Honkai: Star Rail Astral Express Pit Stop berlangsung bermula hari ini di La Juiceria Superfoods @ Menara Hap Seng 2. Melalui acara ini, restoran tersebut telah dihias dengan pelbagai perhiasan bertemakan permainan tersebut, selain itu pengunjung juga dapat untuk mencuba masakan-masakan berdasarkan makanan di dalam Honkai: Star Rail.
Jika anda ingin mengunjungi dan mencuba makanan yang ditawarkan, anda perlu terlebih dahulu melakukan tempahan slot masa yang boleh dilakukan di pautan ini. Slot masa adalah terhad, oleh itu anda perlu melakukan tempahan segera sebelum terlambat.
Setiap tempahan slot berharga RM45 dan boleh memilih salah satu daripada tiga kombo makanan yang menyertakan ‘1 Hidangan Utama + 1 Hidangan Sampingan + 1 Minuman’. Tambahan pada itu, anda juga boleh menambah satu lagi hidangan sampingan dengan tambahan bayaran RM12.
HoyoVerse telah memberi peluang kepada saya untuk mengunjungi restoran sebelum pembukaan secara rasmi hari ini dan berikut adalah pengalaman saya.
Perkara pertama menarik mata kami dengan mengunjungi acara ini sudah semestinya adalah pelbagai perhiasan berdasarkan permainan Honkai: Star Rail yang sangat cantik untuk menjadi tempat mengambil gambar dan juga video.
Setiap meja juga dihias dengan poster untuk acara ini yang memperlihatkan Dan Heng dan juga March 7th, cukup menarik untuk menjadi penghias bagi gambar makanan anda. Selain itu terdapat juga pelbagai cutboard watak-watak Star Rail dan juga patung Pom-Pom.
Kesemua ini ditambah lagi dengan restoran akan memainkan lagu-lagu daripada Honkai: Star Rail dan juga beberapa lagu dari permainan HoYoverse yang lain seperti Honkai dan juga Genshin Impact akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada saya.
Bagi pilihan makanan, saya telah memilih Kombo C yang menyertakan ‘Wild Herb Soup’, ‘Fruitwood-Grilled Shantak Moa Drumettes’ dan juga ‘Vomit Inducing Agent’. Bagi saya bahagian yang disertakan untuk kombo ini tidak mencukupi, oleh itu saya juga menambah satu lagi hidangan sampingan iaitu Snapper Jam Appetizer.
Saya juga telah diberikan barangan cenderahati iaitu Tiket Holographic, Stand dan juga lencana Pom-Pom. Anda juga boleh dapatkan tiga barangan dengan cara berikut, tiket holographic termasuk juga kod untuk barangan di dalam permainan boleh didapatkan dengan membeli mana-mana set dan melakukan perkongsian sosial.
Manakala untuk mendapatkan Stand, anda perlu mengunjungi pada hujung minggu dan membeli sekurang-kurang dua set makanan dan melakukan perkongsian sosial. Bagi lencana Pom-Pom pula boleh didapatkan melalui cabutan bertuah dengan membeli mana-mana makanan. Setiap pembelian kombo juga akan mendapat coaster, cup holder dan food topper dengan pelbagai rekaan secara rawak.
Selain membeli set makanan di restoran ini, pengunjung juga boleh mendapatkan barangan Honkai: Star rail melalui ‘Merchandise Room’ yang boleh dikunjungi tanpa sebarang tempahan tetapi mungkin perlu beratur terutama ketika waktu puncak. Setiap pengunjung dihadkan untuk membeli dua barangan sahaja.
Setiap pembelian barangan akan mendapat headband, poskad dan juga Wubbaboo Ballon, setiap hari mempunyai jumlah yang terhad oleh itu kunjungi lebih awal untuk memastikan anda mendapat barangan tambahan ini. Anda boleh melihat barangan yang ditawarkan melalui perkongsian kami sebelum ini.
Akhir kata, saya boleh katakan yang mengunjungi acara ini adalah satu pengalaman yang menarik terutama kerana saya walaupun tidak secara mendalam mengikuti dan bermain permainan Honkai: Star Rail. Jika anda adalah pemain yang meluangkan puluhan jam setiap minggu bermain dan menyukai watak-watak daripada permainan ini, mengunjungi acara ini sudah semestinya adalah satu kepastian terutama dengan pelbagai barangan yang boleh didapatkan.