Seperti yang diumumkan sebelum ini, bersama dengan kemaskini versi 1.4 untuk Honkai: Star Rail, pemain di konsol PlayStation 5 juta telah boleh memuat turun permainan tersebut. Jika sudah bermain di telefon pintar ataupun PC, akaun yang sama boleh digunakan.
Honkai: Star Rail untuk PlayStation 5 menawarkan kualiti grafik dengan resolusi 4K dengan pelbagai lagi penambah-baikkan untuk kualiti grafik. Selain itu, keupayaan SSD di dalam PS5 juga akan membantu untuk memberikan pemuatan yang lebih cepat.
Selain PlayStation 5, Honkai: Star Rail juga sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.
Bermula hari ini sehingga 14 November anda juga boleh mengunjungi restoran La Juiceria Superfoods bertemakan permainan ini melalui acara Honkai: Star Rail Astral Express Pit Stop.