Gemencheh Boys iaitu filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw, GV Corporate Advisory dan SOL Pictures akan memulakan tayangan di pawagam pada 26 Oktober ini.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar berdasarkan 6 kanak-kanak dari kampung Gemencheh yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’ kerana sifat mereka yang nakal tetapi berubah selepas diperkenalkan dengan sukan kriket oleh seorang guru sehinggalah meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Gemencheh Boys diarahkan oleh Jason Chong dan Eric Ong dengan senarai pelakon seperti Pekin Ibrahim sebagai guru, bersama pelakon kanak-kanak seperti Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.

Selain itu, filem ini turut melibatkan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan.

Gemencheh Boys turut mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan – seperti untuk kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  – ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour. 

Siri jelajah Gemencheh Boys bermula bulan Oktober ke sekolah-sekolah serata Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysian Cricket Association dengan mengadakan bengkel kriket dalam usaha menggalakkan minat terhadap sukan kriket dalam kalangan pelajar. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan kumpulan komuniti sosial dan budaya, Locco menerusi acara Kereta Api Sarong yang akan diadakan pada 16 September 2023 di sekitar Lembah Klang.

Manakala lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok.

Sohor Kini