For The King II Akan Dilancarkan Pada Bulan November Ini

Curve Games dan IronOak Games akhirnya mengumumkan yang For the King II akan dilancarkan pada 2 November 2023 untuk PC melalui Steam, dengan pra-tempahan sudah dibuka dan menyertakan potongan harga 10% serta pelbagai ganjaran pra-tempahan.

For The King II merupakan permainan susulan untuk For The King yang dikeluarkan pada tahun 2017, permainan ini dibangunkan oleh IronOak Games. Seperti permainan pertama, For The King II adlaah permainan RPG yang menyertakan elemen strategi dan juga roguelike.

Semasa Curva Games Spotlight yang dipertontonkan beberapa bulan yang lepas, mereka telah berkongsi lanjut mengenai permainan ini dan anda boleh tontonnya di pautan ini.

Sohor Kini