Dengan pelancaran EA Sports FC 24 iaitu permainan simulasi bola sepak oleh EA yang menggunakan judul baharu, PlayStation telah hadir dengan berkas untuk konsol PlayStation 5 bagi permainan tersebut.
Berkas ini ditawarkan dengan harga RM2,499 dan sudah boleh didapatkan di mana-mana pengedar rasmi untuk PlayStation. Berkas ini mengandungi konsol PS5, bersama dengan satu alat kawalan DualSense, permainan EA Sports FC 24 versi digital dan baucar untuk mendapatkan barangan di dalam permainan.
EA Sports FC 24 sudah dilancarkan pada 29 September lepas dan telah membawa pelbagai penambahan yang menjadikan ia lebih menarik berbanding permainan sebelum ini – Ulasan EA Sports FC 24.