CD Projekt Red telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama dengan Anonymous Content untuk menghasilkan kandungan aksi nyata berdasarkan permainan video mereka Cyberpunk 2077.
Anonymous Content merupakan studio yang bertanggungjawab untuk menghasilkan filem seperti The Revenant dan Spolight serta siri TV seperti True Detective dan 13 Reasons Why. Mereka juga sebelum ini dilaporkan terlibat dengan siri aksi nyata berdasarkan Life is Strange.
Projek ini masih di peringkat awal dan mereka sedang mencari penulis untuknya, Garrett Kemble, David Levine, Ryan Schwartz, Bard Dorros dan Charlie Scully akan menjadi penerbit untuk projek ini. Ia akan membawa penceritaan baharu di dalam dunia Cyberpunk 2077.
Cyberpunk 2077 sebelum ini telah menerima siri animasi iaitu Cyberpunk: Edgerunners yang sudah boleh ditonton di Netflix – Ulasan Cyberpunk: Edgerunners.
Selain mengumumkan kerjasama ini, CDPR juga telah mengumumkan yang Cyberpunk 2077 telah terjual sebanyak 25 juta unit, permainan mereka yang terlaris buat masa ini.