CD Projekt Red telah mengumumkan yang Cyberpunk 2077 telah terjual 25 juta unit setakat ini, iaitu peningkatan sebanyak 5 juta unit berbanding bulan September tahun lepas. Mereka juga mengatakan yang permainan ini mencapai jumlah tersebut lebih pantas berbanding The Witcher 3: Wild Hunt.

Cyberpunk 2077 pada bulan lepas telah menerima kemaskini utama iaitu versi 2.0 dan juga menerima penambahan baharu Phantom Liberty sudah semestinya menggalakkan lagi penjualan untuk permainan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Phantom Liberty telah terjual sebanyak 3 juta unit dengan majoritinya adalah di PC diikuti PS5 dan Xbox Series.

Cyberpunk 2077 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Kemaskini 2.0 dan juga Phantom Liberty hanya ditawarkan untuk PS5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini