Ubisoft hari ini telah melancarkan secara rasmi Assassin’s Creed Mirage untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan juga Ubisoft Store. Pelanggan Ubisoft+ di Xbox dan PC juga boleh dapatkannya hari ini.

Berbanding permainan dunia terbuka yang mengambil ratusan jam – Adakah Assassin’s Creed Odyssey Terlalu Besar? – Assassin’s Creed Mirage menawarkan tatamain yang lebih kompak dan menurut Ubisoft kembali kepada permainan asal bagi siri ini.

Assassin’s Creed Mirage membawa pemain kembali ke Timur Tengah iaitu di Baghdad pada kurun ke-9 dan mengikut Assassin, Basim Ibn Is’haq yang diperkenalkan di dalam Assassin’s Creed Valhalla.

Sohor Kini