EA Sports WRC Menerima Video Tatamain – Tiba 3 November

EA hari ini telah berkongsi video tatamain baharu untuk EA Sports WRC yang memperlihatkan pereka permainan ini Jon Armstrong berlumba di tiga litar yang akan tiba di dalam permainan ini termasuk juga memperlihatkan keadaan cuaca yang berbeza.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

EA Sports WRC adalah permainan pertama oleh Codemaster selepas mendapat semula lesen untuk membangunkan permainan berdasarkan kejohanan WRC pada tahun 2020. Antara fungsi yang disertakan di dalam permainan ini pemain boleh mencipta kereta sendiri, melalui semula ataupun mengubah kejadian-kejadian penting di dalam dunia WRC.

Permainan ini akan menyertakan 78 pilihan kereta dan 18 litar berbeza semasa dilancarkan dan dijangka akan menerima penambahan dari semasa ke semasa.

EA Sports WRC akan dikeluarkan pada 3 November 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini