Prime Video telah mengumumkan yang siri asli dari Malaysia pertama oleh mereka iaitu That Cover Girl akan mula disiarkan pada 19 Oktober 2023 di Malaysia dan juga lebih 240 negara Prime Video ditawarkan – kesemua episod akan dikeluarkan pada hari yang sama.
That Cover Girl merupakan filem mengenai Sofi Safwan lakonan Siti Saleha yang merupakan seorang yang berjaya di dalam industri fesyen. Namun, kejayaan tersebut menjadi semakin mencabar apabila berlaku pelbagai masalah di dalam perniagaan dan juga kehidupan peribadinya.
Selain Siti Saleha, siri ini juga melibatkan Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim dan diterbitkan oleh studio Creative Stew.
Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.