Todak Studios telah mengumumkan yang Mastra iaitu permainan pertempuran Arena oleh mereka sedang dibangunkan untuk peranti pintar dan akan tiba pada suku keempat tahun 2024.
Menurut pengumuman tersebut, Mastra adalah satu permainan pertempuran yang pantas dan pemain akan melawan dengan pemain lain menggunakan pelbagai watak yang mempunyai kuasa ‘Sakka’. Setiap kuasa mempunyai kemahiran dan elemen yang berlainan.
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi kemudia, sementara itu anda boleh mengikuti laman sosial mereka melalui pautan ini.
Todak Studios sebelum ini hadir dengan permainan Police Sentri dan ToGather: Island.
Sumber: IGN SEA