PlayStation sebelum ini telah hadir dengan berkas PlayStation 5 Marvel’s Spider-Man 2 yang mempunyai rekaan berdasarkan permainan tersebut. Berkas tersebut sudah ditawarkan dan boleh dikatakan sudah habis terjual.

Terbaru, PlayStation juga telah mengumumkan berkas kedua bagi PlayStation 5 Marvel’s Spider-Man 2 tetapi kali ini menyertakan PlayStation 5 biasa sahaja tetapi akan hadir bersama dengan kod permainan untuk Marvel’s Spider-Man 2.

Berkas ini akan ditawarkan bermula pada 20 Oktober iaitu tarikh yang sama dengan pelancaran permainan ini. Buat masa ini harga untuk berkas ini tidak disahkan lagi, kami akan kemaskini apabila ia dikongsi kelak.

Sohor Kini