Peringkat akhir untuk Free Fire MCPS Majors Musim 6 akan berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober ini yang akan memperlihatkan 12 pasukan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $50 ribu dan juga slot untuk Free Fire World Series yang akan berlangsung di Bangkok pada bulan November ini.

12 pasukan yang terlibat adalah yang terbaik semasa peringkat Liga daripada 18 pasukan dan melibatkan 7 pasukan dari Malaysia iaitu Farang Esports yang juga juara untuk peringkat Liga, Expand, Axis Esports, Team Badut, Geek Fam, Tactical Intex dan Freedom Rumble. Selebihnya adalah 5 pasukan dari Filipina iaitu Ilustrados Juegos, Visionaries, AV Radicals, D’Illusion dan Ni GuerillaX.

Anda boleh mengikuti Peringkat Akhir melalui penstriman langsung di laman media sosial Free Fire dan jika mencatat 5 ribu tontonan setiap hari, penonton boleh dapatkan barangan di dalam permainan.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini