Peringkat akhir tempatan untuk Predator League Malaysia 2024 berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu ini dan baru sahaja berakhir dengan perlawanan akhir bagi permainan Valorant.
Bagi permainan Dota 2, Myth Avenue Gaming akan mewakili Malaysia di Predator League Asia Pasifik 2024 selepas mengalahkan pasukan Dota Hero pada hari Sabtu lepas. Selaku juara mereka juga membawa pulang RM11,500 bersama dengan beg bagasi Predator.

Bagi Valorant yang baru sahaja berakhir Todak mengalahkan Team Path untuk menjadi juara Predator League Malaysia mereka juga membawa pulang hadiah tunai RM11,500 bersama dengan beg bagasi Predator dan juga mewakili Malaysia ke Predator League Asia Pasifik 2024.
Asia Pacific Predator League Grand Finals akan berlangsung di Manila, Filipina pada bulan Januri tahun depan yang menawarkan hadiah terkumpul $400 ribu.