GSC dan MDEC hari ini telah melancarkan secara rasmi Festival Filem Animasi 2023 buat julung-julung kalinya. Festival filem ini akan bermula pada 5 sehingga 25 Oktober yang akan mempertontonkan 7 filem pendek animasi tempatan seperti berikut;
- The Muralz oleh Jeremy Lee
- Pillar of Strength oleh Eugene Foo
- Footprints in the Forest oleh Juhaidah Joemin dan Sandra Khoo
- Kuihpocalypse oleh Han F
- Framed Memories oleh Mclelun Lee
- Walinong Sari oleh Eugene Foo
- The One That Got Away oleh Jared Lee
Harga tiket untuk Festival Filem Animasi Malaysia 2023 ini adalah RM15 dan dengan kesemua filem pendek ini akan dipertontonkan. Cawagan GSC yang terlibat dengan festival ini adalah GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Lalaport, GSC IOI City Mall, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm JB, GSC Suria Kota Kinablau dan GSC CityOne.
Semasa acara pembukaan untuk Festival ini, kami berkesempatan untuk menonton kesemua filem pendek dan ia adalah satu pengalaman yang baik. Setiap filem animasi mempunyai penceritaan dan gaya animasi tersendiri dan semua berkait dengan penceritaan tempatan tidak kira penceritaan baharu seperi Covid-19 dan juga penceritaan klasik yang dipenuhi dengan pelbagai emosi.