Bersempena dengan Peringkat Akhir Setempat Predator League 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre hujung minggu ini, Acer Malaysia juga memperlihatkan 2 monitor OLED dan juga kad grafik oleh mereka sendiri iaitu Acer Predator BiFrost.

Acer Malaysia telah mengesahkan kepada Nextrift yang mereka akan membawa kad grafik AMD Radeon RX 7600 dengan harga RM1,499 manakala Intel Arc A750 ditawarkan dengan harga RM1,299 dan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada minggu hadapan.

Dua kad grafik Acer Predator BiFrost ini akan menjadi yang pertama di bawa masuk ke pasaran Malaysia dengan berkemungkinan lebih banyak akan di bawa masuk pada masa hadapan.

Sohor Kini