Michael Gambon, Pelakon Dumbledore Meninggal Dunia

Michael Gambon iaitu pelakon yang terkenal sebagai Professor Albus Dumbledore di dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia semalam, beliau berumur 82 tahun.

Beliau meninggalkan dunia di hospital ditemani isterinya Anne dan juga anaknya Fergus di mana beliau menghidapi pneumonia.

Michael Gambon membawa watak Albus Dumbledore bermula dengan filem ketiga Harry Potter iaitu Harry Potter and the Prisoner of Azkaban selepas pelakon asal iaitu Richard Harris meninggal dunia pada tahun 2002.

Selain penglibatan di dalam filem, siri TV dan teater, Michael Gambon juga melakonkan suara di dalam permainan video seperti Varen Aquilarios ataupun The Prophet di dalam The Elder Scrolls Online.

Sohor Kini