ROG Ally Z1 Ditawarkan Bersama CelcomDigi Fibre – RM114/Sebulan

ASUS Republic of Gamers (ROG) sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan turut membawa ROG Ally yang menggunakan cip pemprosesan Z1 berbanding Z1 Extreme yang tiba sebelum ini. Mereka juga mengatakan yang penawaran ini adalah secara eksklusif melalui telco.

Penawaran tersebut tampaknya adalah bersama dengan CelcomDigi di mana ROG Ally Z1 ditawarkan bersama dengan langganan CelcomDigi Fibre dengan kelajuan 300Mbps ke atas.

Pelanggan boleh dapatkan ROG Ally Z1 dengan bayaran RM114/sebulan untuk 24 bulan, ataupun RM2,736 iaitu lebih murah berbanding harga yang dicadangkan untuk pasaran iaitu RM2,799.

Selain ROG Ally, CelcomDigi juga menawarkan PlayStation, Desktop ataupun perkakasan seperti kerusi dan meja. Anda boleh layari CelcomDigi Fibre untuk maklumat lanjut.

Baca: Ulasan ROG Ally Z1 Extreme

Sohor Kini