Pasukan Arena of Valor Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal untuk mengalahkan pasukan tuan rumah iaitu China di peringkat akhir Sukan Asia yang berlangsung semalam. Pingat perak ini adalah pingat yang ke-7 untuk kontinjen Malaysia di temasya ini.
Mereka sebelum ini mengalahkan pasukan Hong Kong di peringkat suku akhir dan rakan Asia Tenggara iaitu Vietnam di peringkat Separuh Akhir. Manakala China mengalahkan Myanmar dan Thailand sebelum bertemu Malaysia di peringkat akhir.
Selain Arena of Valor, Malaysia juga terlibat dengan kejohanan League of Legends tetapi telah ditewaskan oleh Chinese Taipei hari ini, manakala satu lagi pasukan adalah Dota 2 yang akan bertemu dengan Arab Saudi di peringkat suku akhir pada 30 September 2023.
Sumber Gambar: Majlis Sukan Negara