Don’t Nod dan Focus Entertainment telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Banishers: Ghost of New Eden akan dikeluarkan pada 13 Februari 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.
Permainan ini sepatutnya tiba pada 5 November tahun ini tetapi melalui pengumuman yang dilakukan oleh mereka mengatakan oleh kerana terdapat pelbagai permainan menarik sudah dikeluarkan, mereka menunda tarikh pelancaran.
Mereka juga mengesahkan yang permainan sudah siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan akan tetapi merasakan penundaan ini akan memberikan lebih perhatian untuknya berbanding dikeluarkan pada tahun yang sibuk dengan permainan menarik ini.
Banishers: Ghost of New Eden merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan kepada dua watak utama iaitu Antea dan Red di dalam pengembaraan mereka memburu hantu dan juga menyelesaikan pelbagai misteri dengan pilihan mereka akan mempunyai kesan yang tersendiri.