Skip to main content

KFC telah mengumumkan kolaborasi bersama dengan PUBG: Battlegrounds dan PUBG Mobile untuk menyediakan kandungan berdasarkan restoran makanan segera di dalam permainan tersebut yang akan bermula pada 2 Oktober sehingga 6 November.

Melalui acara ini, restoran KFC akan dibuka di Erangel, Miramar, Nusa dan Livik untuk menyediakan pemain dengan makanan-makanan KFC yang akan memberikan nyawa dan juga tenaga. Pemain juga boleh mendapatkan barangan kosmetik KFC seperti KFC Royale Colonet Set, Chicken Champ Cover dan set, Royale Delight Top dan Payung Terjun, Season Squad Grafiti dan Bingkai Crispy Crunch.

Manakala bagi pemain PUBG: Battlegrounds di konsol dan juga PC, restoran KFC akan dibuka di peta Erangel yang akan menyertakan pelbagai makanan dan juga aksesori untuk digunakan oleh pemain. Barangan kosmetik juga boleh didapatkan iaitu pakaian berdasarkan ikon KFC iaitu Colonel termasuk juga payung terjun dan penyembur. Selain itu, beberapa kawasan permainan juga dihiaskan dengan rekaan berdasarkan KFC.

Selain daripada kerjasama di dalam permainan, KFC juga mengumumkan penawaran di luar permainan. Pemain boleh dapatkan menu khas “Load up, Dive in” di cawangan-cawangan KFC yang terpilih secara dalam dan juga luar talian.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply