Squid Game: The Challenge adalah permainan battle royale aksi nyata berasaskan Squid Game, iaitu antara siri TV Netflix paling popular di Netflix. Siri ini memfokuskan 456 pemain yang terdesak memerlukan wang dan perlu bertarung nyawa untuk merebut hadiah 45.6 bilion won. Walau bagaimanapun untuk hadiah dalam The Challenge ia adalah $4,560,000.
Siri ini akan disiarkan di Netflix pada 22 November akan datang.
Setiap 456 pemain yang menyertai rancangan realiti ini akan bermain permainan lebih kurang sama dalam siri TV seperti Ddakji, Lampu Merah Lampu Hijau, jilat gula, tarik tali, guli, merentas platform kaca yang tinggi dan beberapa tambahan lain yang menurut Netflix adalah kejutan untuk penonton.