Pasukan Arena of Valor Malaysia telah sah akan menyumbangkan sekurang-kurangnya pingat Perak di di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas melayakkan diri ke peringkat akhir hari ini.
Mereka sebelum ini mengalahkan pasukan Hong Kong di peringkat suku akhir dan rakan Asia Tenggara iaitu Vietnam di peringkat Separuh Akhir. Malaysia akan menantikan keputusan di antara China bertemu dengan Thailand yang akan berlangsung petang ini.
Selain Arena of Valor, Malaysia juga menghantar wakil untuk League of Legends yang akan bermula pada 27 September dan Dota 2 yang akan bermula pada 30 September dengan Malaysia akan bertemu dengan Arab Saudi.
Sumber Gambar: Majlis Sukan Negara