Peringkat liga untuk MPL Malaysia Musim 12 yang bermula pada bulan Ogos lepas telah tamat hujung minggu lepas dan memperlihatkan 8 pasukan yang melayakkan diri ke peringkat Playoff, dua pasukan yang tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya iaitu Team Secret dan RED Esports MY.
Di peringkat liga, RSG Malaysia telah menjadi pasukan terbaik apabila memenangi 8 perlawanan daripada 9 dengan mereka hanya tewas sekali sahaja menentang HomeBois.

Manakala di tempat kedua adalah Team SMG yang berkongsi mata dengan HomeBois akan tetapi rekod pertemuan di antara dua pasukan tersebut memihak kepada Team SMG dan meletakkan HomeBois di tempat ketiga.
Di peringkat Playoff, 8 pasukan sudah dibahagikan mengikut kedudukan mereka iaitu seperti berikut;
- Upper Bracket Pusingan Pertama
- [1] Team HAQ vs MPX NSEA
- [2] TODAK vs Team Lunatix
- Upper Bracket Suku Akhir
- [A] HomeBois vs [1]
- [B] Red Giants Esports vs [2]
- Upper Bracket Separuh Akhir
- RSG Malaysia vs [A]
- Team SMG vs [B]
Peringkat playoff ini akan bermula pada 5 Oktober dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 8 Oktober 2023.