Skip to main content

Persatuan Penulis Amerika (WGA) hari ini telah mengumumkan yang mereka telah mencapai perjanjian awal dengan Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP) yang mewakili beberapa penerbit seperti Netflix, Amazon, Apple, Disney, Warner Bros Discovery, NBC Universal, Paramount dan Sony.

Maklumat lanjut mengenai perjanjian ini akan diumumkan kemudian selepas ia disahkan dan rasmi, namun mereka menegaskan yang perjanjian ini adalah satu perkara yang boleh dibanggakan terutama untuk setiap ahli yang melakukan mogok lebih 146 hari.

Mogok oleh WGA bermula pada bulan Mei lepas, dengan mogok pelakon Amerika Syarikat (SAG.AFTRA) bermula pada bulan Julai lepas dan pada waktu ini, masih tiada sebarang perjanjian untuk menamatkan mogok tersebut.

Leave a Reply