Skip to main content

Badan Persaingan Dan Pasaran UK (CMA) telah memberikan kelulusan awal untuk Microsoft mengambil-alih Activision Blizzard sebelum keputusan penuh akan diberikan sebelum 18 Oktober 2023.

Bulan April lepas, CMA telah menyekat pengambil-alihan ini kerana mengatakan yang ia akan menjadikan Microsoft mempunyai monopoli terhadap perkhidmatan penstriman permainan. Bagi menyelesaikan perkara tersebut Microsoft memberikan hak penstriman permainan Activision Blizzard kepada Ubisoft.

CMA mengatakan yang keputusan penuh akan dibuat selepas mendapat perundingan daripada pihak ketiga mengenai penyelesaian yang diberikan oleh Microsoft.

Microsoft sebelum ini telah mendapat kelulusan untuk melakukan pengambil-alihan ini dari Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain menjadikan UK adalah pasaran utama terakhir yang masih tidak meluluskannya.

Leave a Reply