Nippon TV telah mengumumkan Studio Ghibli iaitu studio anime popular yang menghasilkan filem seperti Spirited Away, Howl’s Moving Castle dan My Neighbor Totoro akan menjadi subsidari untuk mereka dengan 42% hak undian.
Pengumuman ini dilaporkan oleh Bloomberg dan dikatakan untuk memastikan masa depan Studio Ghibli terjamin sebagai satu jenama yang terkenal seluruh dunia. Studio Ghibili juga buat masa ini mempunyai masalah pengurusan kerana Hayao Miyazaki sudah berumur 82 tahun dan anaknya Goro tidak ingin mengambil tempat bapanya.
Studio Ghibli ditubuhkan pada 1985 oleh Hayao Miyazaki, Toshio Suzuki, Isao Takahata dan Yusyoshi Tokuma. Filem terbaru studio ini adalah The Boy and the Heron yang dikatakan filem terakhir untuk Hayao Miyazaki, akan tetapi menurut laporan terbaru beliau ingin terus hadir dengan filem baharu.
Mereka akan menyertai TMS Entertainment dan Tatsunoko Production sebagai studio animasi di bawah Nippon TV.