ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan yang PC mudah alih mereka iaitu ROG Ally yang menggunakan cip pemprosesan Z1 akan turut ditawarkan di Malaysia. Menurut ROG, ia akan ditawarkan secara eksklusif melalui telco dengan pengumuman lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.
ROG Ally sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia tetapi untuk model yang menggunakan cip Z1 Extreme dan ditawarkan dengan harga RM3299, manakala bagi model Z1 ini mereka tidak berkongsi harga tetapi menurut penyenaraian di laman ASUS sendiri, ia mempunyai tanda harga RM2,799.
Harga tersebut berkemungkinan adalah untuk harga yang dicadangkan dan mungkin berbeza dengan harga melalui telco kelak, mungkin lebih murah ataupun mahal mengikut berkas yang disediakan.
Anda boleh baca Ulasan ROG Ally untuk mengetahui lanjut mengenai PC mudah alih ini.