Berlin Akan Tiba Di Netflix 29 Disember Ini

Pedro Alonso kembali sebagai Berlin dalam siri sampingan tersendiri. Sebuah kisah ketika beliau masih muda, sihat dan merancang untuk merompak barang kemas bernilai €44 juta yang ingin diselesaikan dalam masa satu hari.

Siri ini adalah kisah sampingan kepada Money Heist yang cukup popular di Netflix. Berlin merupakan prekuel yang memfokuskan kisah Berlin sebelum menyertai pasukan rompakan Money Heist. Hari ini Netflix mengumumkan siri TV ini akan mula disiarkan pada 29 Disember akan datang.

Kali ini Berlin ditemani oleh pasukan perompak baharu iaitu Keila (pakar sekuriti siber), Damián (jurutera, ahli kimia/fizik dan kawan baik Berlin), Cameron (wanita gagah dan berani), Roi (pakar pecah peti besi/lepaskan diri) dan Bruce (pakar gajet dan senjata).

Sohor Kini