The Continental adalah siri TV sampingan kepada dunia John Wick. Ia akan menceritakan kisah Winston Scott versi muda lakonan Colin Woodell. The Continental berlaku pada tahun 1970-an dan akann memperlihatkan bagaimana Winston mendapatkan hak kepada hotel The Continental di bandar New York.
Basil Iwanyk selaku penerbit siri TV ini menyatakan The Continental ditulis sebagai projek untuk tiga episod sahaja dan tiada perancangan untuk sekuel. Mereka tidak ingin terkejar-kejar mengembangkan kisah sampingan dunia John Wick ini.
Walau bagaimanapun, seorang lagi penerbit iaitu Erica Lee menyatakan sekuel bukannya tidak akan dihasilkan. Perbincangan hanya dimulakan dan masih tiada kepastian lagi akan diteruskan ataupun tidak. Buat masa ini, sama-sama kita nantikan siri TV The Continental di Prime Video yang akan disiarkan pada bulan ini.
Sumber – Collider