Perancangan Microsoft untuk hadir dengan kemaskini bagi konsol Xbox Series X mereka tertiris hari ini melalui pemfailan bagi kes di mahkamah di antara mereka dan juga FTC. Konsol dengan rekaan baharu tersebut kelihatan mempunyai rekaan lebih bulat berbanding rekaan sekarang.
Konsol baharu ini dikatakan tidak menyertakan slot cakera, menjadikan Xbox Series X menjadikan Xbox Series kedua tidak mempunyai slot cakera selepas Xbox Series S. Dengan konsol baharu ini digital sahaja, mereka juga akan menambah jumlah storan kepada 2TB.
Selain itu, konsol ini juga akan menggunakan USB-C berbanding USB-A di Xbox Series X, sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2 dan PSU dikurangkan sebanyak 15%. Konsol ini disasarkan tiba pada November 2024 dengan harga $499, harga sama dengan konsol sekarang.
Selain Xbox Serie X, Microsoft juga akan kemaskini alat kawalan Xbox yang buat masa ini digelar sebagai Sebile. Alat kawalan ini dikatakan bakal diumumkan pada akhir tahun ini, ia antaranya menyertakan sokongan “Xbox Wireless 2”, “getaran haptik”, “Bluetooth 5.2” dan bateri yang boleh dicas dan juga ditukar.
Konsol baharu ini bukanlah konsol yang lebih berkuasa akan tetapi kemaskini untuk rekaan sahaja, sepertimana yang dilakukan untuk Xbox Series S yang menerima konsol warna hitam dan juga storan lebih besar.