SCRY Hadir Dengan Penyejuk PS5 Bertemakan Spider-Man

SCRY telah mengumumkan yang mereka hadir dengan pilihan warna baharu untuk penyejuk PlayStation 5 iaitu SCRY Artic Spider (RED) Limited Edition bersempena dengan pelancaran Marvel’s Spider-Man 2 pada 20 Oktober 2023.

Mereka telah hadir dengan penyejuk untuk PS5 ini pada tahun ini selepas berjaya melakukan kutipan melalui biayasama Kickstarter sebanyak $82 ribu. Ia sebelum ini hadir dengan warna hitam dan menawarkan sistem penyejukan yang senyap.

SCRY Artic Spider (RED) Limited Edition ditawarkan secara terhad dengan harga $39.99 melalui laman rasmi mereka, pembelian dua set akan mendapat penghantaran secara percuma.

Sohor Kini