Rabbit & Bear Studios dan 505 Games ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan dilancarkan pada 23 April 2024 selepas beberapa kali tertunda sebelum ini.
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes telah diumumkan pada tahun 2020 sebagai permainan meneruskan legasi Suikoden. Ia diumumkan melalui biayasama, dan telah mengutip melebihi $500 ribu dalam masa beberapa jam sahaja.
Permainan ini pada awalnya disasarkan untuk tiba pada tahun 2022 tetapi telah ditunda, sebaliknya mereka hadir dengan permainan sampingan terlebih dahulu iaitu Eiyuden Chronicle: Rising.
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.