Microsoft melalui kenyataan yang diberikan kepada mahkamah semasa kes di antara mereka dengan FTC untuk menyekat pengambil-alihan Activision Blizzard, telah mengatakan yang The Elder Scrolls VI akan dikeluarkan secara eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox dan PC.
Selain itu, mereka juga mengatakan yang buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuknya akan tetapi mengatakan yang ia tidak akan tiba sebelum tahun 2026. Phil Spencer sebelum ini mengatakan yang permainan ini akan mengambil 5-6 tahun lagi untuk dibangunkan.
Microsoft mengambil-alih Bethesda pada tahun 2021, dan setakat ini telah mengeluarkan dua permainan secara eksklusif iaitu Redfall dan Starfield.