MALBATT: Misi Bakara Kutip RM32.5 Juta Selepas 5 Minggu

GSC hari ini telah berkongsi yang filem MALBATT: Misi Bakara telah mengutip RM32.5 juta selepas 5 minggu di tayangkan. Jumlah ini memperlihatkan peningkatan RM13.5 juta berbanding kutipan selepas 8 hari iaitu RM19 juta.

MALBATT: Misi Bakara adalah filem aksi peperangan baharu Adrian Teh dan Act 2 Pictures. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar mengenai pasukan tentera negara kita menyelamatkan 70 renjer Amerika Syarikat di Bakaara Market pada tahun 1993.

Selain membawa pelakon-pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, dan Bront Palarae, filem ini juga merupakan filem tempatan pertama yang hadir dengan format IMAX.

Anda boleh baca ulasan kami untuk filem ini di pautan berikut; Ulasan MALBATT: Misi Bakara.

Sohor Kini