Jualan Promosi Tokyo Game Show Berlangsung Di Steam Dan PS Store

Tokyo Game Show 2023 akan berlangsung secara rasmi pada 21 September ini, akan tetapai sambutan untuknya sudah bermula dengan Steam dan juga PlayStation Store telah menganjurkan jualan promosi bersempena dengan acara tersebut.

Jualan promosi di Steam sepatutnya berlangsung pada 21 September sehingga 24 September tetapi sudah boleh diakses melalui pautan ini, ia bukanlah jualan rasmi oleh Steam tetapi dianjurkan oleh CESA, penganjur Tokyo Game Show 2023.

Manakala bagi jualan promosi di PS Store pula ia akan dianjurkan sehingga 27 September 2023, dan menawarkan potongan harga sehingga 75%. Anda boleh layari pautan ini untuk melihat permainan-permainan yang ditawarkan.

Jika anda berminat untuk mengikut secara langsung Tokyo Game Show 2023, kami hadir dengan jadual penstriman untukya – Ini Adalah Jadual Penstriman Bersempena Tokyo Game Show 2023.

Sohor Kini